๐Ÿ“ข Berita Baik Untuk Para Peniaga Pakaian di Malaysia!
๐Ÿ“ฑ Telefon ยท Tablet ยท Laptop ยท PC

Kedai tetap berjalan. Anda tetap tahu apa yang berlaku.

Key in terus dari telefon โ€” tak perlu duduk depan PC. Stok, jualan, duit, pekerja dan gaji, di mana sahaja anda berada.

Sesuai untuk jualan di: KedaiShopeeTikTok ShopLazadaWhatsAppMessengerWebsite
Skrin Home BossBaju: jualan hari ini RM178, untung RM143, belanja RM35

Kebanyakan sistem perlu PC atau laptop. BossBaju boleh guna di mana-mana.

Selalunya, sistem stok dan jualan perlu anda duduk depan PC atau laptop untuk key in. BossBaju lain โ€” guna di telefon, tablet, laptop atau PC. Satu akaun, data yang sama di semua peranti.

BossBaju di laptop / PC: skrin Home

๐Ÿ’ป Laptop & PC

BossBaju di tablet

๐Ÿ“Ÿ Tablet

BossBaju di telefon

๐Ÿ“ฑ Telefon

๐Ÿฎ Di kiosk/bazar/pasar malamRekod jualan terus dari telefon โ€” dengan suara pun boleh.
๐Ÿช Di kaunter kedaiGuna tablet atau PC untuk jual & tutup kaunter.
๐Ÿ  Di rumahSemak laporan & gaji di laptop dengan skrin besar.
๐Ÿ“ฒ Tiada Play Store / App StoreBuka link, log masuk, pasang di skrin telefon. Siap.

Bila bisnes makin sibuk, banyak perkara mudah terlepas.

Anda tidak perlukan lebih banyak buku catatan. Anda perlukan cara yang lebih mudah untuk merekod dan menyemak apa yang berlaku.

๐Ÿ’ธ

Duit cukup tak?Jumlah dalam laci tak sama dengan rekod?

๐Ÿ“ฆ

Stok tinggal berapa?Warna atau saiz mana hampir habis?

๐Ÿ‘€

Apa berlaku bila anda tiada?Susah nak semak apa staf buat di kedai?

โŒจ๏ธ

Penat key in satu-satu?Masih perlu menaip ketika pelanggan menunggu?

๐Ÿ“ฑ

Jual di banyak tempat?Kedai, WhatsApp dan marketplace dalam rutin yang sama.

๐Ÿงพ

Rekod berselerak?Jualan, belanja dan hutang sukar disemak semula?

BossBaju membantu anda rekod, semak dan bertindak dengan lebih tersusun.

BossBaju jawab soalan ini untuk anda

Rekod sekali dalam telefon. BossBaju kira, susun dan beritahu apa yang perlu perhatian.

1 ยท Pekerja

Anda tiada di kedai? Telefon anda tetap tahu.

Bila pekerja buat perkara sensitif โ€” batal jualan, beri diskaun, tolak stok, ubah harga โ€” telefon Boss terus dapat amaran ๐Ÿ”ด.

Log aktiviti simpan setiap pergerakan: siapa, bila, apa. Tidak boleh diubah atau dipadam.

Bukan kerana pekerja bermasalah โ€” cuma rekod yang jelas, supaya mudah disemak bila perlu.

Amaran: Ali batal jualan J-0002

Amaran terus ke Boss

Log aktiviti: perkara penting hari ini

Log aktiviti setiap hari

2 ยท Cakap

Malas menaip? Cakap sahaja.

Tekan butang mikrofon dan sebut, contohnya: "Jual dua Blouse Aira hitam saiz L, lapan puluh sembilan satu, tunai."

BossBaju isi borang untuk anda. Anda semak dahulu, baru simpan. Cakap. Semak. Selesai.

  • Untuk jualan, belanja dan stok masuk.
Cakap: draf jualan sedia

Cakap โ†’ draf sedia

Borang jualan terisi dari suara

Borang terisi โ€” semak, simpan

3 ยท Banyak tempat jual

Kedai, Shopee, TikTok, Lazada & WhatsApp โ€” semua rekod dalam satu tempat.

Jual baju di banyak tempat? Rekod semua jualan dalam BossBaju supaya lebih mudah menyemak jualan, stok dan keuntungan perniagaan anda.

Bagaimana caranya?

  • Rekod jualan kedai dan pesanan online secara manual dalam BossBaju.
  • Semak jumlah jualan mengikut saluran.
  • Rekod bayaran yang diterima dan kos perniagaan.

Penting untuk diketahui:

BossBaju tiada integrasi automatik dengan Shopee, TikTok Shop atau Lazada. Ini bermakna pesanan tidak masuk sendiri ke BossBaju. Anda perlu merekodkannya secara manual.

Stok di Shopee, TikTok Shop dan Lazada juga tidak berubah secara automatik apabila anda merekod jualan dalam BossBaju.

Jualan ikut saluran: Kedai 60%, Shopee 40%

Jualan ikut saluran

Duit dah masuk: yuran platform RM9

Yuran platform dikira sendiri

4 ยท Stok

Tahu baju mana laku, mana tersangkut.

Lihat saiz & warna paling laku, produk tak bergerak 30 hari (modal tersangkut), dan cadangan restock โ€” berapa helai patut ditambah ikut kelajuan jualan.

Produk tak bergerak 30 hari: Baju Hawaii RM295

Produk tak bergerak

Cadangan restock: 23 helai

Cadangan restock

5 ยท Duit

Tutup kedai, kira duit laci. App beritahu cukup atau kurang.

BossBaju kira berapa duit tunai sepatutnya ada โ€” duit awal, tambah jualan tunai, tolak belanja tunai. Anda kira duit sebenar, app terus tunjuk cukup atau kurang berapa.

  • Semak juga duit QR, kad, transfer & CDM.
  • Ada beza? Sebab wajib ditulis. Jika staf yang tutup kaunter, Boss terus dapat amaran.
Tutup kaunter: Duit tunai cukup, sepatutnya RM154

Duit tunai cukup โ€” RM154

QR kurang RM10, sebab wajib

QR kurang RM10 โ€” sebab wajib

Tak perlu percaya cakap kami sahaja.

Cuba sendiri dengan kedai contoh yang siap berisi data โ€” percuma 24 jam.

Lebih daripada stok & jualan

Semua yang peniaga pakaian perlukan โ€” dalam satu app. Setiap gambar di bawah ialah skrin sebenar BossBaju.

Perlu perhatian di Home

Perlu perhatian

Home senaraikan apa perlu dibuat: hutang pelanggan, bil, pesanan belum hantar, stok nak habis.

Pelanggan Kak Ros hutang RM78

Pelanggan & hutang

Bayaran separa, baki hutang, sejarah beli setiap pelanggan โ€” dan butang chat.

Status pesanan dan no. tracking

Status pesanan & tracking

Baru โ†’ Dibungkus โ†’ Dihantar โ†’ Sampai. Simpan kurier & no. tracking.

Resit pelanggan

Resit pelanggan

Kongsi gambar resit ke chat pelanggan, atau cetak / simpan PDF.

Imbas kod bar dengan kamera

Imbas kod bar

Imbas dengan kamera telefon atau pengimbas โ€” barang terus masuk borang jual.

Baca resit guna gambar

Baca resit guna gambar

Ambil gambar resit belanja โ€” AI isi jumlah, tarikh & kategori. Anda semak.

Pesanan pembelian dari pembekal

Pembekal & pesanan beli

Hutang pembekal, barang dipesan โ†’ sampai, stok bertambah sendiri.

Slip gaji Ali

Gaji & slip gaji

KWSP, PERKESO & SIP dikira ikut jadual rasmi. Kedatangan, OT, komisen, pendahuluan, slip gaji.

Tugasan harian staf, lewat

Tugasan harian staf

Beri tugasan setiap hari. Belum siap ikut masa? Boss dapat amaran.

Laporan jualan bulan ini dan banding bulan lepas

Laporan & untung

Hari ini, minggu, bulan โ€” banding dengan bulan lepas. Untung, belanja, aliran tunai.

Untung ikut produk

Untung setiap produk

Tahu baju mana paling untung, dan kadar barang dipulangkan.

Laporan untuk akauntan

Laporan untuk akauntan

Satu tekan โ€” Excel atau PDF: ringkasan, jualan, bayaran, belanja, gaji & caruman.

Dan banyak lagi: bil bulanan, tukar saiz / warna, pulang barang, jemput staf dengan kebenaran berbeza, muat turun semua data. Tiada perlu muat turun dari Play Store atau App Store โ€” buka link dan pasang di skrin telefon.

๐Ÿ“บ Tutorial video lengkap โ€” 37 video

Belajar guna BossBaju langkah demi langkah dalam Bahasa Melayu, dengan skrin sebenar app: daftar akaun, rekod jualan, stok, belanja, gaji, sehingga laporan untuk akauntan.

โ–ถ Tonton di YouTube

BossBaju untuk peniaga pakaian seperti anda

Tak perlu tunggu bisnes jadi besar untuk mula urus dengan lebih tersusun.

๐Ÿฎ

Peniaga pasar malam & bazar
Rekod jualan & stok dengan pantas โ€” dengan suara pun boleh.

๐Ÿ 

Peniaga dari rumah
Terima pesanan WhatsApp & media sosial, rekod hutang pelanggan.

๐Ÿ›’

Penjual Shopee, TikTok Shop & Lazada
Susun jualan, status pesanan, duit platform & yuran.

๐Ÿ‘—

Butik & kedai pakaian kecil
Pantau stok, kaunter, pekerja dan gaji.

๐Ÿ”€

Jual online & offline
Semua tempat jual dalam satu rekod.

TAWARAN PELANCARAN BOSSBAJU

Urus Bisnes Baju Anda.
Di Mana-Mana.

Pantau stok, jualan dan operasi kedai melalui telefon โ€” walaupun anda sedang bercuti.

  • Stok
    Real-time
  • Jualan
    Setiap Hari
  • Kawal
    Pekerja & Kedai
Skrin Home BossBaju di telefon โ€” semak bisnes walaupun sedang bercuti
Diskaun pelancaran sehingga 55% menanti anda!
Harga asalRM1,999
Dapatkan harga istimewa sempena pelancaran
Dapatkan DEMO untuk 24 Jam
Cuba dahulu selama 24 jam Kedai contoh siap berisi data

Cara mula โ€” 3 langkah mudah

WhatsApp kamiMinta kod demo 24 jam.
Cuba sendiriMasuk dengan kod โ€” kedai contoh siap berisi data. Ubah apa sahaja.
LangganSuka? Langgan dengan harga pelancaran, kedai anda terus dibuka.

Soalan lazim

Ada panduan cara guna BossBaju?

Ada. Kami sediakan 37 video tutorial dalam Bahasa Melayu โ€” dari daftar akaun, rekod jualan, stok, belanja, gaji, sehingga laporan untuk akauntan. Setiap video menunjukkan skrin sebenar app, langkah demi langkah. โ–ถ Tonton di YouTube

Saya peniaga kecil. Sesuai ke?

Ya. BossBaju dibina untuk peniaga pakaian kecil โ€” pasar malam, dari rumah, online dan kedai kecil.

Perlu muat turun app dari Play Store atau App Store?

Tidak. Buka link BossBaju di telefon, log masuk, dan pasang di skrin telefon. Boleh juga guna di komputer.

Bagaimana Cakap berfungsi?

Tekan mikrofon dan sebut jualan, belanja atau stok masuk. BossBaju isi borang โ€” anda semak dahulu, baru simpan.

Bolehkah saya pantau pekerja bila saya tiada di kedai?

Boleh. Log aktiviti merekod setiap pergerakan, dan telefon anda dapat amaran bila pekerja buat perkara sensitif seperti batal jualan, beri diskaun atau tolak stok.

Adakah BossBaju bersambung secara automatik dengan Shopee, TikTok Shop atau Lazada?

Buat masa ini, BossBaju belum mempunyai fungsi sambungan automatik dengan marketplace. Namun, anda masih boleh merekod dan menyemak jualan dari kedai fizikal, Shopee, TikTok Shop, Lazada dan WhatsApp secara manual dalam satu sistem.

Kenapa belum ada sambungan automatik?

Sambungan automatik bukan sekadar "tekan butang". Untuk setiap platform, kami perlu:

  1. Didaftar dan diluluskan sebagai rakan perisian rasmi platform itu. Setiap platform ada borang dan semakan sendiri.
  2. Lulus syarat keselamatan. Contohnya, Shopee mewajibkan ujian keselamatan bertauliah yang perlu diulang setiap 2 tahun jika sistem mahu baca nama dan alamat pembeli.
  3. Jaga "kunci akses" setiap kedai. Kunci ini luput dalam beberapa jam hingga beberapa hari. Jika gagal diperbaharui, sambungan terputus tanpa disedari.
  4. Ikut perubahan peraturan platform, yang boleh berubah bila-bila masa tanpa notis.

Kerja ini bukan sekali buat. Ia kerja berterusan untuk setiap platform. Sebab itu, buat masa ini pesanan marketplace direkod secara manual dalam BossBaju, iaitu satu tempat untuk semua jualan anda.

Pekerja boleh nampak untung saya?

Tidak. Untung, modal dan duit masuk hanya untuk Boss. Anda pilih kebenaran setiap staf.

Data saya selamat?

Data setiap kedai diasingkan โ€” kedai lain tidak boleh nampak data anda. Data disimpan di server Google Cloud, dengan salinan sandaran setiap hari. Anda boleh muat turun semua data pada bila-bila masa.

Adakah BossBaju menjamin tiada kehilangan stok atau duit?

Tidak. BossBaju membantu merekod, menyemak dan menunjukkan perkara yang perlu perhatian. Hasilnya bergantung pada rekod yang betul dan cara bisnes diurus.